• Wednesday 24 December 2014

    Sumbangan Beg Sekolah

    Banjir yang melanda baru-baru ini telah menjejaskan
    banyak kampung di bawah tadbiran JKKK Mambang.
    Namun bantuan yang diterima tidak putus-putus dari 
    pelbagai pihak yang prihatin.

    JKKK Mambang telah dikunjungi oleh Dato' Mohd Nizar Najib.
    Beliau telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 
    murid-murid Sek Keb Mambang bertempat di Dewan
    Sek Keb Mambang.

    Sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban ibubapa
    untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak
    yang terjejas akibat bencana banjir.


    Dato' Nizar diiringi Ketua Kag Mambang,
    En Azhar Bin Abd Ghani


    Kami di JKKK Mambang mengucapkan terima kasih
    atas kesudian Dato' Nizar hadir dan memberi sumbangan ini.




    No comments:

    Post a Comment