LIMA AGENDA UTAMA JKKK KAMPUNG
MAMBANG
1. Mempergiatkan
usaha memajukan JKKK Mambang yang dinamik, kreatif, berwawasan, keusahawanan
dan berbudaya tinggi berasaskan penguasan ilmu, kemahiran dan teknologi serta
sistem maklumat terkini.
2. Menyemarakkan
aktiviti-aktiviti organisasi di bawah JKKK Mambang terutama aktiviti belia
melalui latihan formal dan tidak formal selaras dengan Wawasan 2020
bertunjangkan kekuatan agama dan moral.
3. Memantapkan
usaha melahirkan pemimpin pelapis dikalangan warga JKKK Mambang yang berwibawa
dan dinamik bagi memenuhi tuntutan, cabaran semasa dan perubahan masa depan.
4. Memperkukuhkan
kerjasama, perpaduan dan rangkaian antara agensi kerajaan, organisasi sukerala,
swasta dan semua pihak yang berkaitan demi menjayakan pembangunan JKKK Mambang.
5. Menyuburkan
budaya kekitaan dalam pemikiran dan aktiviti sesuai mengikut peredaran masa
berdasarkan acuan sendiri.
OBJEKTIF PEMBANGUNAN
JKKK KAMPUNG MAMBANG
1.Mewujudkan
sebuah JKKK yang maju dan membangun dalam bidang kemasyarakatan, kemanusiaan
dan material.
2.Melahirkan
sebuah masyarakat yang sanggup berusaha dengan gigih untuk meningkatkan daya
pengeluaran (produktiviti) yang berkualiti.
3. Melahirkan
masyarakat yang berilmu pengetahuan tinggi, cerdik dan berakal.
4.Melahirkan
sebuah masyarakat yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan
masyarakat serta sanggup berusaha sendiri tanpa subsidi untuk kejayaan hidup.
5. Mewujudkan
sikap positif dan kreatif.
6.Memberikan
pendapatan lumayan dikalangan penduduk kampung dan mengurangkan kadar
kemiskinan ketahap yang sebaiknya.
7. Mewujudkan
satu masyarakat berilmu, beriman dan bertakwa kepada Allah dan taat setia
perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
8. Memelihara
agama Islam dan meletakkannya ketahap yang paling tinggi selaras dengan
keagunganNya.
9. Memelihara
keamanan dan kesejahteraan serta taat kepada pemerintah serta taat setia kepada
Raja dan Negara.
10.Melahirkan masyarakat toleransi,
menghormati jiran, mengamalkan nilai murni dan suka tolong menolong.
11.Membimbing generasi-generasi muda supaya
dapat melatih diri dengan sikap positif, kreatif, produktif dan berkualiti
sebagai persiapan kearah negara maju menjelang tahun 2020, selaras dengan Wawasan 2020.
12.Memajukan industry tertentu dan
menjadikan tumpuan perniagaan yang bersesuaian bagi menambah peluang pekerjaan.
13. Merancang penggunaan sepenuhnya bagi
pertambahan pendapatan dan menghapuskan tanah terbiar.
14.Mewujudkan sebuah Pusat Pertumbuhan Desa
supaya dapat mengimbangkan keadaan bandar dan luar bandar.
No comments:
Post a Comment