• Tuesday 1 January 2013

    Peranan Dan Bidang Tugas JKKK



    PENTADBIRAN

    1.   Mengumpul dan menyimpan profil kampung dan maklumat asas.

    2.  Bertindak sebagai badan perantaraan di antara kerajaan dengan penduduk-penduduk di kampung.

    3.   Mengenalpasti struktur penduduk serta menyimpan rekod penduduk kampung.

    4. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan serta menyimpan rekod mesyuarat dengan baik.

    5. Mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi berkenaan mengenai masalah dan isu pembangunan di kampung mengikut saluran yang ditentukan.

    6.  Melaporkan kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan mengenai perkara-perkara yang memerlukan perhatian dan penyelesaian mengikut saluran tertentu.

    7.     Mengemaskini Bilik Gerakan Pembangunan Kampung.

    8.     Mengemukakan minit-minit dan jadual mesyuarat kepada pihak-pihak berkenaan.






    PEMBANGUNAN (UMUM)

    1.Mengenalpasti, merancang dan mencadangkan program / projek yang sesuai 
       untuk dilaksanakan di kampung.

    2.Mengesan dan mengawasi perlaksanaan projek-projek pembangunan.

    3.Merancang dan menjadual kegiatan-kegiatan JKKK sepanjang tahun.

    4.Mengambil tahu dasar-dasar kerajaan serta membantu untuk menyebarkannya 
       kepada penduduk-penduduk kampung.

    5.Mengenalpasti isu dan permasalahan kampung serta berusaha untuk 
       menyelesaikannya dengan bantuan pihak berkenaan.

    6.Memupuk sikap positif dan progresif serta menghindari sikap negatif di 
       kalangan masyarakat kampung.

    7.Membantu untuk memelihara dan mengawal bangunan awam serta kegunaannya.

    8.Melaksanakan projek-projek pembangunan masyarakat seperti projek 
       gotong-royong kebajikan dan sebagainya.










    PROSES PERANCANGAN JKKK KAMPUNG MAMBANG

    A.               ANALISIS PERSEKITARAN LUARAN
    (Mengenalpasti ‘peluang’ dan ‘ancaman’)

    Peluang:-

    1. Sekolah Kebangsaan Mambang              - Kepakaran dan sumbangan
    2. Tenaga Nasional Berhad (TNB)              - Tenaga dan alat
    3. Jabatan Bekalan Air (JBA)                     - Tenaga dan alat
    4. Bomba & Polis                                        - Tenaga dan alat
    5. Persatuan Belia                                       - Kepakaran dan sumbangan
    Ancaman:-
     Tiada

    B.               ANALISIS PERSEKITARAN LUARAN

    Kekuatan:-

    1. Masyarakat berfikiran positif, sihat dan bertenaga.
    2. AJK JKKK positif dan berkemahiran.

    Kelemahan:-

    1. Penduduk berpendapatan rendah.
    2. Kekurangan kemudahan Bilik Gerakan JKKK.
    3. Kawasan rendah yang selalu banjir pada musim tengkujuh.






    C.               MENGGUBAL WAWASAN JKKK
    Mencapai prestasi yang baik dalam bidang ekonomi, pendidikan, bina insan, keceriaan dan keselamatan. Melahirkan insan yang wataknya bercirikan keimanan, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan, berdisplin dan sahsiah yang tinggi.

    OBJEKTIF EKONOMI
    o   Mewujudkan masyarakat yang memahami perlunya kekuatan ekonomi.
    o   Mewujudkan banyak cabang ekonomi yang berdaya maju.

    OBJEKTIF PENDIDIKAN
    o   Memastikan anak warga JKKK Kg. Mambang menikmati kemudahan persekolahan 
       dan pendidikan yang maju selaras dengan aspirasi negara.
    o   Mewujudkan Pusat Komputer.
    o   Pencapaian cemerlang dibidang akademik.

    OBJEKTIF BINA INSAN
    o   Mempunyai nilai-nilai murni selaras kehendak agama.
    o   Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

    OBJEKTIF KECERIAAN DAN KESELAMATAN
    o   Mempunyai persekitaran yang kondusif dan menarik.
    o   Mempunyai sistem keceriaan yang baik dan terkawal.


    No comments:

    Post a Comment