• Wednesday 24 December 2014

    Sumbangan Beg Sekolah

    Banjir yang melanda baru-baru ini telah menjejaskan
    banyak kampung di bawah tadbiran JKKK Mambang.
    Namun bantuan yang diterima tidak putus-putus dari 
    pelbagai pihak yang prihatin.

    JKKK Mambang telah dikunjungi oleh Dato' Mohd Nizar Najib.
    Beliau telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 
    murid-murid Sek Keb Mambang bertempat di Dewan
    Sek Keb Mambang.

    Sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban ibubapa
    untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak
    yang terjejas akibat bencana banjir.


    Dato' Nizar diiringi Ketua Kag Mambang,
    En Azhar Bin Abd Ghani


    Kami di JKKK Mambang mengucapkan terima kasih
    atas kesudian Dato' Nizar hadir dan memberi sumbangan ini.




    Saturday 20 December 2014

    Bengkel Jahitan Kreatif BSMM

    Pada 19 hb Disember, 2014 telah diadakan majlis
    perasmian Bengkel Jahitan Kreatif Bulan Sabit
    Merah Malaysia bertempat di Balairaya Kg Bukit Udang.

    Sebanyak 25 buah mesin jahit tajaan CIMB Islamic Bank Bhd
    telah diserahkan kepada JKKK Mambang.
    Majlis penyerahan dilakukan oleh YB Dato' Abu Bakar Harun
    selaku ADUN Chini.









    Sumbangan ini banyak membantu dari segi ekonomi
    penduduk setempat khususnya golongan wanita yang
    terdiri daripada surirumah. Pelbagai bengkel dan kelas
    diadakan bagi menambahkan ilmu jahitan di kalangan
    ahli.

    Monday 6 October 2014

    Program Perhimpunan Warisan

    JKKK Kg Mambang dengan kerjasama penduduk telah
    mengadakan Perhimpunan Warisan Keluarga JKKK Mambang
    sempena Hari Raya Aidiladha di Dataran Pejabat JKKK Mambang.

    Majlis dihadiri oleh penduduk kampung-kampung dalam tadbiran 
    JKKK Mambang disertai oleh anak-anak kampung yang
    berada di perantauan.Penganjuran majlis seperti ini bertujuan
    mengeratkan ikatan kekeluargaan diantara sesama penduduk 
    terutama bagi anak-anak di perantauan.


    Penduduk bergotong-royong menyembelih lembu korban
    dan memasak juadah untuk sambutan hari raya Aidiladha.

    Majlis dihadiri oleh YB Dato' Abu Bakar Harun,
    ADUN Chini.

    Ucapan aluan oleh Pengerusi JKKK,
    En Azhar Abd Ghani

    Antara penduduk yang hadir memeriahkan majlis.



    Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi di masa-masa
    akan datang bagi mengeratkan dan mengekalkan silatulrahim.

    Wednesday 27 August 2014

    Sumbangan Mangsa Banjir 2013 - PBSM - CIMB

    Pada tarikh 27 Ogos 2014
    Persatuan Sabit Merah Malaysia
    telah menyampaikan sumbangan kepada 
    mangsa banjir tahun 2013 sempena Hari
    Raya Aidilfitri.
    Majlis diadakan di perkarangan Pejabat JKKK Mambang
    di Kg Bukit Udang.

    Sumbangan adalah merupakan tajaan dari CIMB Islamic.






    Pihak JKKK juga telah mengadakan jamuan Aidilfitri
    dengan dihadiri oleh penduduk-penduduk kampung
    dalam takbiran JKKK Kg Mambang.




    Tuesday 10 June 2014

    Kempen Gerakan Membaja Dan Penorehan

    Baru-baru ini TSB Bukit Udang dalam pentadbiran 
    JKKK Kg Mambang telah dipilih sebagai tuan rumah
    Majlis Pelancaran Kempen Gerakan Membaja Dan Penorehan
    Peringkat Negeri Pahang 2014.

    Majlis dirasmikan oleh Pengarah Risda Negeri Pahang,
    En. Wan Ahmad Shabri Zainuddin Bin Wan Mohamad.





    Antara penduduk dan peserta TSB yang hadir.

    Jamuan santai untuk tetamu diadakan di ladang getah.

    Antara gerai-gerai pameran yang disediakan untuk
    memberi informasi kepada peserta 


    Lawatan ke ladang getah salah seorang peserta TSB