• Monday 15 May 2017

    Produk-produk Kampung Mambang

    Kampung Mambang mempunyai ramai usahawan yang menghasilkan produk yang berkualiti.
    Antaranya ialah makanan sejukbeku, sambal hitam Pahang,kerepek pisang, madu kelulut,
    sabun madu kelulut dan telur masin.

    Produk-produk ini dipasarkan bukan sahaja di dalam kampung tetapi juga mendapat sambutan
    sehingga ke luar negeri Pahang.


     Temosa sejukbeku

     Sambal Hitam Pahang

    Madu Kelulut

    Kerepek Pisang

    Sabun Kelulut & Kulit Kayu MAnis

    Telur Masin




    Saturday 13 May 2017

    Hitam Putih Selamanya Di Hati

    Sempena perlawanan bolasepak Piala Fa,peringkat separuh akhir antara Pahang FA
    dan Negeri Sembilan pada 13 Mei 2017, pihak JKKK telah menyediakan skrin besar
    bertempat di balairaya Kg Bukit Udang.

    Acara-acara seperti ini telah biasa diadakan untuk mengeratkan lagi silatulrahim
    antara sesama penduduk. Sambutan yang diberi amat menggalakan.

    Penduduk-penduduk dalam JKKK Kg Mambang tidak kira usia berkumpul untuk
    bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Pahang FA.

    Makanan dan minuman juga disediakan.





    ** Keputusan perlawanan : Pahang 2 - 1 NS
         Pahang FA layak ke perlawanan akhir menentang KedahFA
         dengan aggregat 3-1

    Thursday 4 May 2017

    Anugerah Desa Perdana

    Pada 17 April 2017 JKKK Kg Mambang telah mewakili Mukim Penyor untuk
    menyertai Anugerah Desa Perdana 2017.

    Alhamdulillah walaupun cuma diberi tempoh yang singkat untuk membuat
    persiapan, namun dengan kerjasama AJK serta penduduk kampung,JKKK Mambang
    telah berjaya menjadi johan.

    Majlis pengumuman dan penyampaian hadiah telah diadakan di Serambi Pekan dan
    disempurnakan oleh Dato Ali Syahbana selaku Pegawai Daerah Pekan.


    Saat ini, JKKK Mambang sedang gigih membuat persiapan untuk mewakili daerah
    Pekan ke Anugerah Desa Perdana peringkat negeri Pahang pula.

    Doa dan sokongan rakan-rakan JKKK seluruh daerah Pekan amatlah dihargai.

    Terima Kasih.